Glitter Name

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Amazing-Aishah


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, April 10, 2009

Diari Aishah : YA ALLAH BERILAH PETUNJUK

Khamis 26 Mac 2009. Hari ini adalah hari kami mempersembahkan lagu sendiri untuk penilaian para tenaga pengajar. Aishah rasa amat kecewa dengan diri. Rasa seperti tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul. Aishah rasa yang Aishah ni bodoh sangat!! Buat masa sekarang ni, hanya Tuhan yang tahu betapa teruknya ku rasa terhadap diri. Apa yang Cikgu ajar Aishah tak boleh nak tunjukkan.. Huhu.. Tooollloooonnngggggggggg!! Hari ini juga selepas sound check, persembahan aku teruk!! Sampaikan Cikgu Aris kecewa… Aku merasa bersalah dengan Aril, Yazid, Hafiz, dan Qhaud kerana mereka tidak diberi kerjasama yang memuaskan.

Bismillahirahmannirrahim..
Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini.
Berikanlah aku petunjuk dan jadikanlah hajat di hati ini hendak menunjukkan persembahan terbaik menjadi makmul… Tolong ya Allah..
Amin.

No comments:

Post a Comment