Glitter Name

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Amazing-Aishah


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, April 10, 2009

Diari Aishah : PELUANG MAKAN MASAKAN ITALI

Selasa, 31 Mac 2009
Hari ini adalah hari kedua dalam minggu ke-4. Kami mulakan dengan pemanasan badan bersama Cikgu Aris. Sebagai permulaan, ia sangat baik kerana membuat kami rasa segar dan cergas. Kemudian kami mulakan kelas bersama Cikgu Shafi dan cikgu Siti Hajar untuk pembahagaian lagu medley serta lagu sendiri
Aishah gembira kerana arrangement lagu yang hebat juga membantu Aishah bergerak bebas atas pentas nanti. Seperti biasa, hari ini juga hari rasmi perhimpunan bersama Principal. Tetapi beliau membuat kejutan dengan mendatangkan kepada kami Chef Riz bagi berkongsi ilmu
Chef tersebut banyak memberi nasihat dari segi pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh yang sempurna. Kami amat gembira kerana diberi peluang makan makanan2 Itali yang Chef Riz sediakan disamping mengajar kami cara memilih makanan. Semuanya sedap sekali dan menyelerakan
Kelas petang pula bersama Miss Ida dan disambung dengan kelas tarian. Kami mengemaskini tarian Menuju Puncak dan membuat persediaan untuk lagu sendiri

No comments:

Post a Comment