Glitter Name

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Amazing-Aishah


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, April 10, 2009

Diari Aishah : CIKGU ARIS MASIH MARAH

Rabu 25 Mac 2009. Hari ini sangat istimewa bagi kami kerana terdapat 2 orang yang sangat penting telah datang ke akademi. Yang pertama sekali ialah Dominic, seorang pelatih pernafasan yang terhebat. Beliau didatangkan khas untuk melatih kami asas-asas untuk melakukan pernafasan yang betul dan baik agar dapat membantu dalam nyanyian
Setelah tamat sesi tersebut, kami beralih ke kelas vokal bersama Cikgu Siti Hajar. Aishah hari ini agak down maka Cikgu Siti membantu meredakannya. Pada waktu tengahari menjelang petang, kami didatangi pula Anggun yang telah berjaya mencipta nama di Hollywood. Banyak yang dapat kami kongsikan bersama sebagai pendorong dan nasihat. Kami kemudiannya meneruskan pembelajaran untuk kelas Cikgu Shafi bagi lagu masing-masing. Cikgu Aris pula masih marah dan tidak puas hati dengan persembahan Aishah. Aishah hari ini banyak terasa hati dan hanya mampu menerima dengan tabah, tetapi semua itu saya jadikan perkara positif dalam diri. Saya mesti buat yang luar biasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

No comments:

Post a Comment