Glitter Name

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Amazing-Aishah


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, April 17, 2009

Diari Aishah : PERGI CHECK GIGI

22 April 2009
Pagi ini kami bersarapan bersama-sama. Aishah kemudiannya berpeluang membuat latihan sebentar dan Cikgu Shafi pun datang. Seterusnya kami mulakan dengan kelas vokal tetapi di dance floor. Aishah orang pertama yang menyanyi dan banyak pembetulan yang perlu dibuat. Aishah terus ambil masa selepas itu untuk untuk berlatih setelah makan tengahari, Claudia dan Aishah pergi medical check up untuk gigi. Bila pulang, kami sambung dengan latihan bersama Cikgu Shafie dan Cikgu Siti Hajar. Pada pukul 5 petang, cikgu Aris dan Kak Yot datang dan kami membuat tugasan sendiri. Cikgu Aris melakukan sesi persembahan secara individu. Untuk lagu Aishah, terdapat beberapa perubahan serta penambahan. Akhir sekali, kami membuat koreografi sendiri untuk lagu bonus. Setelah selesai makan kami pun pulang

(Aishah sorry sangat sebab dah lama tak masukkan entry baru!)

Thursday, April 16, 2009

Diari Aishah : MASIH LAGI BERTAHAN

Ahad, 12 April 2009
Pagi ini kami bangun dengan senyuman kerana masih lagi bertahan. Kelas dimulakan dengan sesi pembacaan surat wasiat. Kemudian kedatangan Principal memberitahu kami bahawa tugasan diagihkan pada hari ini
Untuk minggu ke-6, ia sangat menakjubkan kerana kami akan menyanyi diiringi "live band" iaitu dari kumpulan Estranged, Kristal, Lefthanded dan palin istimewa dari seberang Cokelat!
Aishah dapat lagu Segitiga dari Cokelat dan lagunya amat menyeronokkan. Aishah percaya ini peluang Aishah untuk membuktikan kemampuan sebenar dengan melakukan yang terbaik
Kemudian kami ada sesi bersama Camelia dan Kak Siti dari Brands. Kami berpeluang melihat beliau dari dekat. Akhir sekali kami berkumpul dan berborak-borak bersama Joe. Kami balik kira-kira jam 8 malam ke atas

Friday, April 10, 2009